Nama
penuh saya ialah Mohd Naim bin Zulkefli. Saya Dilahirkan di Kampung Kelong,Tumpat,Kelantan pada tahun 1992. Bapa saya
seorang pesara dan ibu saya pula adalah seorang suri rumah. Saya merupakan
anak ke empat daripada sembilan orang adik beradik.
Saya
memulakan
alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tumpat(SKT) pada usia 7 tahun.
Kemudian saya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Dato Biji
Wangsa(SMK DBW) pada usia 13 tahun iaitu pada tahun 2005 .Saya
menamatkan pengajian di SMK DBW pada tahun 2009 dengan mendapat
kelulusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Saya kemudian
cuba meneruskan pengajian ke Universiti tetapi tawaran saya ditolak
disebabkan saya telah memilih
pengajian ke Politeknik Seberang Prai dengan kos Kejuruteraan
Elektronik. Namun begitu,atas desakan keluarga dan faktor kewangan yang
terhad,saya mengambil keputusan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6.
Alhamdulillah,permohonan
saya diterima. Saya mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Mahmud
Mahyidin,Pasir Pekan dalam aliran sains. Tempoh saya belajar disana
sangat singkat iaitu hampir dua bulan kerana saya tidak dapat
menyesuaikan diri dengan baik melalui aliran Sains. Kemudian,saya
mengambil keputusan untuk menukar aliran iaitu daripada aliran Sains
kepada aliran Sastera di SMK DBW. Namun begitu,kita hanya merancang.
permohonan saya diterima tetapi bukan di SMK DBW tetapi di Sekolah
Menengah Tumpat(SMT). Demi menyambung pelajaran,saya ke SMT untuk
pendaftaran pelajar baru PRA-U, namun semasa hari pendaftaran
tersebut,PKT6 SMT sibuk dengan pelbagai urusan. Saya kemudian telah
pergi ke SMK DBW untuk bertemu dengan cikgu2 saya disamping mendapatkan
motivasi.
Dengan
izin Allah, saya telah bertemu dengan uktazah saya iaitu
Pn.Rosmawati,uktazah yang saya kasihi lagi saya hormati.Beliau telah
memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus menuntut ilmu
walaupun dimana sahaja kita berada.Pada masa yang sama saya juga telah
bertemu dengan Pn Khabsah dan menceritakan masalah saya kepada
beliau.Atas kata-kata semangat yang dilontarkan kepada saya,saya pergi
mencuba nasib di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk menukar aliran
sastera di SMT ke Aliran Sastera di SMK DBW.Alhamdulillah,permohonan
saya berjaya.
Di
PRA-U SMK DBW, saya berpeluang mengenali tokoh-tokoh guru yang hebat
baik dari segi akedemik mahupun pengalaman mereka. Meraka adalah
En.Muhammad b. Othman, En,Mustapha Jusoh, En,Johari Shariff, En.Zamri
Bakar, En Zulkifli, Pn.Zarohimah, Pn.Asnida, Pn.Aisyah, Pn.Khabsah,
En.Asri dan beberapa orang guru-guru akademik yang lain. Saya begitu
berbangga dapat mengenali mereka dan menimba ilmu daripada mereka dan
ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan sepenuhnya pada masa
akan datang. Dengan berkat ajaran daripada cikgu-cikgu sekalian,saya
mendapat keputusan yang cemerlang dan kini saya telah melanjutkan
pengajian ke Universiti Malaysia Kelantan.Terima kasih CIKGU.
Satu
amanat sepanjang hidup anda di bumi malaysia ini daripada cikgu jangan
buat ala sehingga bangsa lain menidakkan hak kita di malaysia ini,cikgu
mahu anda semua mewariskan Tanah Melayu ini kepada Bangsa Melayu dan
Islam sebagaimana cikgu wariskan kepada anda semua. Tuntut ilmu biar
anda menjadi insan yang cemerlang dan tahu apa yang terbaik untuk
generasi akan datang yang bakal menghuni bumi bertuah ini. Allah
sentiasa bersama insan yang sentiasa mengingatinya.
0 ulasan:
Catat Ulasan