2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e,
Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh
pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama
balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada
dua hari raya, tiada tambah-tambah.
3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab?
Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap
tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz
saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya
dia suruh ikut dia sendiri.
4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi
Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak
sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya
semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua
sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat.
Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab
Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah
(perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.
6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam
sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut.
Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak
mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu
ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah,
tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit,
pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau
pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai
Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita
asyik batal.
7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je.
Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B:
Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh
bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu
tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada
mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.
8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan
pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan,
kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas
sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya
tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang
penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani
ajaib ke.
9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja.
Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling
terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua
panas.
10. Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh.
Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak.
Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat.
Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan
tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry
Christmas“?
11. Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan
Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe
sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana
persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau
kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan? Eleh, jangan nak tipu.
Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.
12. Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama
di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat
orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang
berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita ni jenis tak
bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak
payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur
dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish
kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram
this haram that. Bodohnya?
13. Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.
14. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita
mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak
amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan
mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A)
Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke
tempat yang mengamalkan mazhab lain.
15. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab,
adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti
Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau
hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
16. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah
medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian
agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.
Dalam mazhab imam syafie pergerakan 3 kali secara berterusan baru batal bukannya 3 kali pergerakan batal
BalasPadam